RESEPI KERABU KAHANGA

SIPUT KAHANGA

Siput kahanga termasuk dalam keluarga siput gonggong dan banyak terdapat di perairan negeri Sabah. Siput yang berduri tetapi isi enak dimakan dan menjadi santapan dalam pelbagai menu masakan bertumis, masak lemak, rebus, kerabu, sambal dan lain lain masakan.

Siput gongong, atau nama saintifiknya Laevistrombus canarium atau juga dikenali sebagai sinonim Strombus canarium, merupakan spesies siput boleh dimakan , moluska gastropod laut dalam keluarga Strombidae, konch sebenar. Spesies Indo-Pasifik, L. canarium hidup di dasar berlumpur dan berpasir, meragut algae dan detritus. Cengkerang individual dewasa bewarna perang muda hingga keemasan dan kelabu. Ia memiliki ciri gelung badan kembung, bibir kuar cengkerang gastropod tebal melebar, dan stromboid notch tirus. Sungguhpun ia dianggap bernilai sebagai hiasan, disebabkan kulitnya yang tebal dan padat, ia sering digunakan sebagai pemberat bagi jala ikan.



BAHAN BAHAN
400gm isi kahanga gram
2 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
2 biji lada merah
4 tangkai kacang panjang (optional)
4 tangkai daun kesum
4 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
5 sudu besar sos ikan
7-8 biji limau kasturi – ambil air perahan limau
Garam dan gula secukup rasa.

PROSES PENYEDIAAN
Potong dan hiris nipis-nipis isi siput kahanga mengikut citarasa anda. Setelah itu celur kahangatersebut dengan seketika mengunakan air panas dan kemudian toskan. Semua bahan-bahan kerabu juga turut dihiris nipis-nipis.

Masukkan kahanga yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Masukkan air perahan limau, garam dan gula secukup rasa ke dalam mangkuk yang ada bahan-bahan tadi dan digaul hingga sebati.

Siap untuk dihidangkan dan anda pasti terangkat bila memakannya.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

RESEPI SOTONG MASAK CILI KERING

RESEPI SOTONG MASAK SOS