Postingan

RESEPI SOTONG BAKAR SAMBAL

Gambar
SOTONG Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. RESEPI SOTONG BAKAR SAMBAL BAHAN BAHAN 6 Sotong  Saiz Besar 10 tangkai lada kering - dikisar 4 ulas bawang kecil 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 4 biji buah keras 1 btg serai 2 sudu besar sos tiram air asam jawa -secukupnya garam dan gula Sedikit minyak masak PROSES PENYEDIAAN Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus) Kisar semua bahan iaitu lada, bawang. buah keras dan serai Masukkan sos tiram dan air asam jawa.Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal. Siap

RESEPI KETUPAT SOTONG

Gambar
SOTONG Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. RESEPI KETUPAT SOTONG BAHAN BAHAN 500gm sotong (sederhana besar) - dibuang kulitnya 100 gram beras pulut - direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam 2 cawan santan pekat - untuk kuah Sedikit halba 1 cm halia - dimayang 3 ulas bawang merah - dimayang Gula, garam dan perasa. lidi yang mencukupi PROSES PENYEDIAAN Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk. Dan selepas itu masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan. Masukkan bawang, halba, halia,garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.Kemudian,masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.

RESEPI SOTONG MASAK KERABU

Gambar
SOTONG Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. RESEPI SOTONG MASAK KERABU BAHAN BAHAN 300gm sotong – potong cincin 1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis 2 batang serai – dihiris halus 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar 3 sudu besar sos ikan 1 ½ biji limau nipis – ambil jus nyer Sedikit daun ketumbar – dihiris Gula secukup rasa Garam secukup rasa PROSES PENYEDIAAN Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat  masam, manis dan masin mengikut selera. Siap

RESEPI SOTONG MASAK ALA MAMAK

Gambar
SOTONG Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. RESEPI SOTONG MASAK ALA MAMAK BAHAN BAHAN 2 ekor sotong saiz besar 1/4 cawan santan pekat - maz guna santan tin 3 ulas bawang merah * 1 ulas bawang putih * 1/2 inci halia * 1 tangkai daun kari 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 3 bini buah pelaga (rempah 4 sekawan) 2 sudu besar serbuk kari ikan/udang - bancuh dan sedikit air 1 sudu kecil serbuk ketumbar sedikit nisan/gula melaka sedikit air asam jawa garam, gula dan sedikit aji jika suka minyak untuk menumis secukupnya PROSES PENYEDIAAN Cuci sotong dan toskan, masukkan kepala dalam badan sotong dan cucuk dengan lidi agar tidak tercabut bila masak. Tumbuk lumat bahan bertanda * Panaskan minyak secukupnya dan tumis bersama daun kari, rempah 4 sekawan hingga naik bau. Masukkan serbuk kari, tumis biar pecah minyak, masukkan sedikit 

RESEPI SOTONG MASAK UNGKEP

Gambar
SOTONG Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. RESEPI SOTONG MASAK UNGKEP BAHAN BAHAN 500gm sotong -  dibersihkan 4 batang serai - ketuk Air asam jawa secukupnya Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis BAHAN TUMBUK 2  labu bawang besar 5cm kunyit hidup 5cm halia 2 sudu makan ketumbar* (pastikan ditumbuk lumat) 2 sudu makan jintan halus* PROSES PENYEDIAAN Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kunyit serta serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil bahan tumisan digaul rata agar tidak terlalu garing.Biarkan mendidih seketika. Seterusmya masukkan sotong dan air secukupnya.Didihkan sehingga sotong empuk. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 

RESEPI SOTONG MASAK STIM LIMAU

Gambar
SOTONG Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. RESEPI SOTONG MASAK STIM LIMAU BAHAN BAHAN 5 ekor sotong saiz sederhana sedikit halia 5 ulas bawang putih daun ketumbar cili padi serai lobak merah/brokoli/apa-apa sayur yang sesuai gula & garam PROSES PENYEDIAAN Hiris badan sotong sedikit dengan pisau dan bersihkan sotong.Bunag dakwat sotong Bawang putih tu tumbuk tak berapa halus. Sediakan satu bekas untuk mengukus, campakkan bawang putih dalam tu. Ketuk serai, campak juga dalam bekas. Halia potong halus masukkan sekali. Cili padi tu ketuk juga, bergantung pada masing-masing kalau nak pedas boleh letak lebih.. Lepas tu bolehlah letakkan garam dan gula secukup rasa juga sayuran tadi. Semua bahan tu dikukus dahulu tanpa masukkan sotong. Dan masukan juga daun ketumbar sekali Kukus lebih k

RESEPI SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Gambar
SOTONG Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. RESEPI SOTONG MASAK LEMAK PADANG     BAHAN BAHAN 500gm kg sotong - cuci bersih dan potong 2 biji bawang besar - belah 4 2 biji tomato - belah 4 2 batang serai - di titik 3 biji ubi kentang - belah 4 minyak untuk menumis santan secukupnya air secukupnya garam secukup rasa BAHAN KISAR 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inc kunyit hidup 2 inc halia 5 tangkai cili merah PROSES PENYEDIAAN Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air. Kacau biar sebati. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak Perasan dengan garam. Sedia di hidangkan