RESEPI KETUPAT SOTONG

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI KETUPAT SOTONG

BAHAN BAHAN
500gm sotong (sederhana besar) - dibuang kulitnya
100 gram beras pulut - direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
2 cawan santan pekat - untuk kuah
Sedikit halba
1 cm halia - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
Gula, garam dan perasa.
lidi yang mencukupi

PROSES PENYEDIAAN

Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk. Dan selepas itu masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan.


Masukkan bawang, halba, halia,garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.Kemudian,masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

RESEPI KERABU KAHANGA

RESEPI SOTONG MASAK CILI KERING

RESEPI SOTONG BAKAR SAMBAL