RESEPI SOTONG MASAK STIM LIMAU
SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
RESEPI SOTONG MASAK STIM LIMAU
BAHAN BAHAN
5 ekor sotong saiz sederhana
sedikit halia
5 ulas bawang putih
daun ketumbar
cili padi
serai
lobak merah/brokoli/apa-apa sayur yang sesuai
gula & garam
PROSES PENYEDIAAN
Hiris badan sotong sedikit dengan pisau dan bersihkan sotong.Bunag dakwat sotong
Bawang putih tu tumbuk tak berapa halus. Sediakan satu bekas untuk mengukus, campakkan bawang putih dalam tu. Ketuk serai, campak juga dalam bekas.
Halia potong halus masukkan sekali. Cili padi tu ketuk juga, bergantung pada masing-masing kalau nak pedas boleh letak lebih.. Lepas tu bolehlah letakkan garam dan gula secukup rasa juga sayuran tadi. Semua bahan tu dikukus dahulu tanpa masukkan sotong. Dan masukan juga daun ketumbar sekali
Kukus lebih kurang 10 minit gitu, baru keluarkan pengukus tu dan masukkan sotong dalam bekas tadi. Dan kukus lagi lebih kurang 5 minit. Setelah tu dah masak boleh terus dihidang
Komentar
Posting Komentar